Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. DPN bermula selepas berakhirnya Rangka Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai.
Dari segi dasar dan pelaksanaan DPN adalah mirip dengan DEB atau boleh juga disebutkan sebagai kesinambungan daripada DEB iaitu menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Oleh itu, perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.
Namun begitu, DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi yang saksama, memastikan keseimbangan pembangunan bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saing melengkapi antara sektor bagi mengoptimunkan pertumbuhan ekenomi, serta mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.
Rujukan:
Dipetik dari Pekeliling Jabatan Perdana Menteri mengenai dasar dasar baru Kerajaan bertarikh pada 28hb.Jun, 1983. Sumber : Pejabat Perdana Menteri.
Dasar Kerajaan: Dasar Pembangunan Nasional suntingan Mohd Yusof Ahmad (yusof) 22 Mar 2009.
Thursday, August 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment