Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia.
Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara ini pada waktu itu. Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan iaitu pada 23 Februari 1971.
Tanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan di antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah Jabatan Perpaduan Negara. Di antara 1990 – 2004, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sebelum diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Dasar Ekonomi Baru (DEB) menerusi strategi serampang dua matanya iaitu menstruktur semula masyarakat dan membasmi kemiskinan, telah dilaksanakan untuk membetulkan aspek sosioekonomi dalam masyarakat. Penstrukturan semula dibidang politik turut dilakukan pada tahun 1974 menerusi pembentukan Barisan Nasional bagi menggantikan Parti Perikatan dengan tujuan untuk mengurangkan tindak-tanduk politik yang boleh memecahbelahkan rakyat.
Thursday, August 12, 2010
Keadilan Ekonomi Pencetus Perpaduan Antara Kaum di Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment