BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 12, 2010

Sejarah Politik Malaysia

Sejarah politik Malaysia bermula lewat 1930-an, iaitu pertubuhan yang berasaskan politik pertama ditubuhkan ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Haji Ibrahim Yaakob. Kesedaran politik mula berkembang dengan pesat pada lewat 1940-an dan awal 1950-an dengan munculnya parti-parti politik besar tanah air seperti UMNO, MCA dan MIC. Pada tahun 1951 Parti Islam se-Malaya (PAS) pula telah ditubuhkan dengan didominasi oleh golongan agama serta tokoh-tokoh ulamak.

Konflik politik mula timbul dalam arena politik tanah air akibat perbezaan ideologi, kaum, dasar dan lain-lain lagi. Konflik yang pertama boleh dilihat ialah penubuhan PAS itu sendiri. Seperti yang kita tahu kebanyakan PAS adalah merupakan serpihan daripada UMNO. Kebanyakan ahli-ahli pas terdiri daripada ahli-ahli UMNO dari bahagian agama. Tindakan mereka keluar dari adalah berpunca daripada kekecewaan tokoh-tokoh agama dalam UMNO kepada pucuk pimpinan UMNO pada ketika itu kerana mahu menaja perjudian (loteri). Hal ini menunjukkan yang penubuhan PAS adalah merupakan konflik dalaman dalam kalangan ahli-ahli UMNO yang berbeza ideologi serta pendapat dalam sesuatu isu. Namun begitu, intipati perjuangan UMNO dan PAS pada waktu itu adalah hampir sama iatu memperjuangkan kemerdekaan dan membela kaum Melayu.

Perbalahan antara PAS dan UMNO tidak berakhir di situ sahaja sehinggakan ianya berlanjutan sampai sekarang. Perbezaan ideologi di antara PAS dan UMNO adalah merupakan faktor penting yang menimbulkan konflik antara kedua parti tersebut. PAS tetap dengan pendiriannya iaitu memperjuangkan agama Islam dan kaum Melayu disamping memerintah secara adil mengikut apa yang telah di syariatkan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Manakala UMNO pula mahu kekal sebagai parti yang berpegang kepada ideologi kebangsaan yang memperjuangkan kaum melayu serta menjaga hak-hak keistimewaan orang Melayu dan menjaga agama Islam.
Jika dikaji secara mendalam, perbezaan ideologi antara PAS dan UMNO adalah berpunca daripada istilah sahaja. Sebagai contoh, PAS meletakkan perjuangan Agama Islam dihadapan dan jika merujuk kepada penganut Islam terbesar di negara kita ialah orang-orang Melayu. Hal ini jelas menunjukkan PAS juga membela kaum Melayu sebagai perjuangan utama mereka kerana Melayu dan Islam adalah sinonim di Malaysia. Bagi PAS perjuangan bangsa adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana Rasullah tidak mengambil bangsa sebagai asas perjuangan sebaliknya memperkenalkan konsep ummah. Oleh sebab itulah, PAS menjadikan Islam sebagai teras perjuangan mereka.

Manakala UMNO pula adalah parti kebangsaan yang memperjuangkan hak-hak kaum Melayu dan meletakkan Melayu itu sendiri dihadapan. Seperti yang kita tahu, Melayu dan Islam adalah sinonim di Malaysia jika merujuk kepada Perlembagaan negara jelas menyatakan orang Melayu adalah Islam. Oleh itu, perjuangan UMNO juga tidak lari dari paksinya yang juga memperjuangkan agama Islam walaupun pendapat ini ditentang hebat oleh ahli-ahli pas. Buktinya, setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah Malaysia banyak Institusi yang berasaskan Islam di tubuhkan seperti Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan sebagainya. Penubuhan-penubuhan institusi seperti itu jelas menunjukkan kerajaan yang diterajui UMNO membela agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Kemuncak kepada konflik kedua parti ialah timbulnya isu kafir menkafir pada tahun 1960-an. Isu ini dibangkitkan oleh ulamak-ulamak PAS yang mendakwa ahli-ahli umno menjadi kafir kerana dasar dan perjuangan UMNO yang bertentangan dengan ajaran Islam. Hubungan antara kedua parti tersebut menjadi amat runcing pada ketika itu sehinggakan berlaku pergaduhan diantara ahli PAS dan UMNO. Terdapat juga kes ahli-ahli PAS dan ahli UMNO di Kelantan dan Kedah sanggup memutuskan ikatan kekeluargaan akibat perbezaan ideologi politik. Pada waktu itu ramai ulamak-ulamak pas telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana membangkitkan isu kafir menkafir tersebut.

Namun begitu, keegoan PAS dan UMNO terlerai juga akhirnya selepas berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. PAS dan UMNO telah bergabung demi membela bangsa Melayu dan agama Islam. Walaupun penggabungan antara kedua parti tidak lama ianya dapat membuktikan demi survival Melayu dan Islam kedua parti sanggup membuang sifat ego dan bergabung dalam satu parti. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa penggabungan antara pada masa akan datang adalah tidak mustahil akan berlaku. Merujuk kepada kenyataan akhbar Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abd. Aziz bin Nik Mat yang beliau sanggup membubarkan PAS jika UMNO sanggup merombak perlembagaan parti tersebut daripada dasar kebangsaan kepada Islam. Pernyataan tersebut jelas membuktikan perbezaan ideologi adalah batu merupakan batu penghalang kepada usaha penggabungan kedua parti.


Di petik dan diubahsuai dari:

http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/knowledgebase/kb_view.asp?kbid=50

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive

0 comments: