Nama penuh saya ialah Mohd Salaihudin bin Mat Jusoh.
Lebih selesa dipanggil dengan nama Din.
Nama pena saya dalam dunia penulisan blog ialah insanbiasa.
Lahir dan tinggal di sebuah daerah yang berdekatan dengan Kota Bharu, Kelantan iaitu Pasir Mas.
Berkelulusan Diploma Kejuruteraan Elektronik (DKE) di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan sekarang sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Pengajian Malaysia dengan Pendidikan.
Dalam blog insanbiasa2u anda semua akan mendapat info mengenai semua benda termasuk perkara yang berkaitan undang-undang, hak-hak pengguna, isu-isu semasa dalam negara, politik, sosial dan sebagainya sesuai dengan kursus Pengajian Malaysia yang saya sedang pelajari di UPSI.
Harus diingat bahawa semua kandungan dalam blog ini adalah sahih dan berbentuk ilmiah kerana mempunyai rujukan yang sahih dan merujuk kepada Perlembagaan Malaysia, pendapat tokoh-tokoh akademik, Ulamak dan sebagainya.
Segala kandungan yang ada dalam blog ini dibenar untuk mengambil untuk tujuan ilmiah dan disiarkan semula dalam mana-mana bentuk. Harus diingat, jika kandungan ini diambil untuk tujuan keuntungan maka ianya dilarang sekali.
Selamat Membaca~